Monday, August 8, 2011

PAS sokong sebab tuntutan Bersih 2.0 tidak bercanggah dengan Islam

HIMPUNAN Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mengundang kontroversi. Ekoran itu PAS dituduh dan dilebelkan dengan bermacam-macam gelaran. Malah ada yang berani mendakwa, himpunan aman itu haram menurut Islam kerana ia diketuai Dato' S Ambiga, pemimpin bukan Islam. Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan, MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN mendapatkan penjelasan daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh berhubung perkara ini. Ikuti butirannya.

Berdasarkan Islam, adakah Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diizinkan? 

USTAZ NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH : Dalam Islam, kita  diajar apabila melihat sesuatu perkara yang tidak betul berlaku maka satu tindakan mesti diambil. Ini seiring sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Apabila kamu melihat kemungkaran atau ketidak adilan berlaku, maka kamu dikehendaki ubah dengan tangan atau kamu mengubah dengan mulut atau kamu mengubahnya dengan hati, jika tidak berkuasa. Itu adalah selemah-lemah iman". 
Jadi, hadis ini memberi gambaran bahawa tindakan atau respons daripada melihat penyelewengan ini adalah satu kewajipan. Kewajipan ini bermula daripada cara yang aman dan ia berakhir dengan peperangan. Demonstrasi merupakan jalan tengah dan himpunan yang dibuat adalah aman. Sudah tentu ia tidak bercanggah dengan agama malah ia merupakan satu tuntutan dalam Islam.

OTB (4+1) optimisme PAS tawan Terengganu

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Mungkin ada pihak yang menganggap hasrat PAS Kawasan Besut menawan kesemua kerusi di kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti agak ambitious. Namun, seperti yang kerap disebut orang, tidak ada yang mustahil di dalam politik.

Ertinya, biar pun sepintas lalu cita-cita PAS menyapu bersih kelima-lima kerusi di daerah kubu kuat Umno itu mungkin bunyinya terlalu optimistik, ia tidak pula wajar ditolak mentah-mentah atau dianggap sebagai angan-angan semata.

Sebab itu barangkali hampir kesemua pemimpin yang berucap pada majlis Pelancaran Operasi Tawan Besut (OTB 4+1), 27 Julai lalu mengulangi harapan sama. Biar pun dalam ungkapan berbeza, mereka meluahkan satu cita-cita bersama, iaitu Besut mesti dimenangi PAS sekiranya mahu mengambilalih pemerintahan negeri Terengganu menerusi PRU-13 akan datang.


“Kita amat berharap PAS Besut akan mengulangi catatan sejarah 1999 (Pilihan Raya Umum ke-10), di mana kita sapu bersih kelima-lima kerusi di kawasan ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Palanivel: UMNO Semakin Menggelabah

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2011 - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh hari ini menyifatkan janji Najib untuk melantik presiden MIC Datuk G. Palanivel akan dijadikan menteri penuh - iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda UMNO sedang menggelabah

"Saya ucapkan syabas kepada kaum India kerana menzahirkan penentangan kepada kerajaan UMNO sehinggakan Najib terpaksa menjanjikan jawatan menteri kepada MIC", tambah beliau.

"Tapi masyarakat India hendaklah sedar bahawa parti rasis UMNO gagal dalam membela nasib mereka", tegas beliau.

"PAS dan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan dan keadilan kepada semua kaum sejajar dengan tuntutan Islam itu sendiri, rata-rata masyarakat India yang berada di negeri-negeri pakatan telah merasai nikmat di bawah pemerintahan pakatan... tanyalah masyarakat India di Kelantan dan Kedah mereka telah merasai keadilannya" ujar beliau lagi.

Sumber : http://www.tranungkite.net

Dewan Ulamak : UMNO terdesak guna isu kebajikan

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh menyifakan UMNO pimpinan Najib semakin terdesak sekarang. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan UMNO sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat. Beliau meminta agar UMNO jangan bercakap bohong kepada rakyat, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh UMNO yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.

“Selama ini segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan UMNO”, tambah beliau.

“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita, tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal!”.

“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali UMNO tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni UMNO, ahli UMNO di Malaysia pun tertindas!” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman  UMNO dan sudah tiba masanya saat kejahatan UMNO dikuburkan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah.

Sumber : http://dupahang.wordpress.com

Sunday, August 7, 2011

Bab Yang Ditemui Oleh Roh Di Langit, Pertanyaan Tentang Ahlu Dunia & Dperlihatkan Amalnya

KITAB : RINGKASAN TAZKIRAH IMAM QURTHUBI
TARIKH : 7hb Ogos 2011 (Ahad)
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor
MASA : Selepas Solat Subuh berjemaah
RAKAMAN : | muat turun |