Monday, August 8, 2011

Dewan Ulamak : UMNO terdesak guna isu kebajikan

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh menyifakan UMNO pimpinan Najib semakin terdesak sekarang. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan UMNO sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat. Beliau meminta agar UMNO jangan bercakap bohong kepada rakyat, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh UMNO yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.

“Selama ini segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan UMNO”, tambah beliau.

“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita, tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal!”.

“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali UMNO tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni UMNO, ahli UMNO di Malaysia pun tertindas!” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman  UMNO dan sudah tiba masanya saat kejahatan UMNO dikuburkan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah.

Sumber : http://dupahang.wordpress.com

No comments:

Post a Comment