Saturday, October 15, 2011

Hudud Sesuai Dengan Fitrah Manusia

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.

Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini

“Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni.

“Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.

“Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT,” tambah beliau lagi.

Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat.

“Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.
“Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia,” ujar beliau lagi.

Sumber : Harakahdaily

Ulamak Seru Masyarakat Bincang Dengan 'Dada' Terbuka

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang 'kabur' tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan Hudud dan Qisas hukuman yang keras dan kejam serta menzalimi kaum wanita.

Katanya golongan tersebut sebenarnya telah meletakkkan tanggapan yang 'serong' terhadap syariat Islam.

"Kalau mereka melihat dengan cara yang baik, mereka tidak akan mengatakan wanita diketepikan bahkan mereka mesti menyebut wanita diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam,"tegasnya ketika mengulas kenyataan sebuah NGO Sisters In Islam yang dilaporkan terus menolak perlaksanaan hudud dan Qisas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lujnah Penerangan pada Khamis, 6 Oktober, di sini.

Beliau menjelaskan Hudud dan Qisas tidak menolak wanita untuk menjadi saksi, namun meletakkan lelaki terlebih dahulu kerana beban penyaksian tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tidak ada saksi lelaki, dua orang wanita boleh menggantikan seorang saksi lelaki.





Buletinonline channel

Sunday, October 9, 2011

Bagaimana Orang Yang Sekarat Maut & Perbezaan Keadaan Mereka


KITAB : RINGKASAN TAZKIRAH IMAM QURTUBI
TARIKH : 9hb Oktober 2011 (Ahad)
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor
MASA : Selepas Solat Subuh berjemaah

Setiap pertuduhan Mesti Diadili Di Mahkamah Terbuka

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang yang zalim yang menyebabkan ketidakadilan berlaku serta menyekat hak asasi manusia, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurutnya, ISA bertentangan dengan Islam dasn tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara moden yang mengaku adil dan mengamalkan demokrasi.

Katanya, negara yang adil akan melaksanakan undang-undang yang melindungi rakyat dan bukan sebaliknya.

Kerajaan juga tegas beliau, sering menyalahgunakan ISA untuk kepentingan politik pemerintah dan ini terbukti apabila tahanan kebanyakan adalah ahli politik sedangkan asalnya adalah untuk membenteras subversif & komunis.

Dalam Islam, apa sahaja tuduhan atau kesalahan mesti dibicarakan di mahkamah keadilan terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman, ini bagi membolehkan tertuduh diberi peluang untuk membela diri.

Ustaz Nik Zawawi berkata, ada kemungkinan seorang yang didakwa berlakunya syubhat, silap tanggapan atau seribu macam andaian yang tidak tepat melainkan ianya dibicarakan di mahkamah.

Kaedah Islam, katanya, seperti di dalam Al-Quran ada menyebut:
Katakanlah wahai Muhammad, bahawa datang bukti-bukti daripada kamu sekiranya kamu berada di pihak yang benar."

Berdasar inilah, beliau menegaskan, sesiapa sahaja yang didakwa yang merasa diri mereka teraniaya boleh membela diri di mahkamah dan sikap hakim yang membicarakan sesuatu kes mesti cenderung untuk membebaskan tertuduh, kecuali adas bukti yang kukuh dan jelas menyakan ia bersalah.

Ini berbeza dengan ISA yang tidak mempunyai hakim dan kerajaan pula bersikap menyalahkan tertuduh dan menghukum mereka, ujar beliau.

Sumber :  Harakah bil. 1678 (3 - 6 Oktober 2011)