Sunday, October 9, 2011

Setiap pertuduhan Mesti Diadili Di Mahkamah Terbuka

KUALA LUMPUR: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang yang zalim yang menyebabkan ketidakadilan berlaku serta menyekat hak asasi manusia, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Menurutnya, ISA bertentangan dengan Islam dasn tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara moden yang mengaku adil dan mengamalkan demokrasi.

Katanya, negara yang adil akan melaksanakan undang-undang yang melindungi rakyat dan bukan sebaliknya.

Kerajaan juga tegas beliau, sering menyalahgunakan ISA untuk kepentingan politik pemerintah dan ini terbukti apabila tahanan kebanyakan adalah ahli politik sedangkan asalnya adalah untuk membenteras subversif & komunis.

Dalam Islam, apa sahaja tuduhan atau kesalahan mesti dibicarakan di mahkamah keadilan terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman, ini bagi membolehkan tertuduh diberi peluang untuk membela diri.

Ustaz Nik Zawawi berkata, ada kemungkinan seorang yang didakwa berlakunya syubhat, silap tanggapan atau seribu macam andaian yang tidak tepat melainkan ianya dibicarakan di mahkamah.

Kaedah Islam, katanya, seperti di dalam Al-Quran ada menyebut:
Katakanlah wahai Muhammad, bahawa datang bukti-bukti daripada kamu sekiranya kamu berada di pihak yang benar."

Berdasar inilah, beliau menegaskan, sesiapa sahaja yang didakwa yang merasa diri mereka teraniaya boleh membela diri di mahkamah dan sikap hakim yang membicarakan sesuatu kes mesti cenderung untuk membebaskan tertuduh, kecuali adas bukti yang kukuh dan jelas menyakan ia bersalah.

Ini berbeza dengan ISA yang tidak mempunyai hakim dan kerajaan pula bersikap menyalahkan tertuduh dan menghukum mereka, ujar beliau.

Sumber :  Harakah bil. 1678 (3 - 6 Oktober 2011)

No comments:

Post a Comment